Posted in Pelbagai

Wahai Raja Di Hatiku

WAHAI RAJA DI HATIKU”

Oleh: Siti Zakiah Azalan

Fiman Allah dalam KitabNya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

(Surah At-Taubah: Ayat 24)

suamiku, yang telah memilih aku dari ribuan wanita, yang merisik aku dengan cara terhormat, yang meminta aku dari kedua orang tua yang paling ku cinta, yang bersujud kepada Allah memohon aku sebagai bidadari syurgamu…

            Jika rumah yang mewah dan selesa menjadi jaminan aku bahagia bersamamu, aku menolak dan meminta rumah yang boleh memberi ku ketenangan dalam berzikir kepada Tuhan, rumah yang sederhana dan tidak keterlaluan… Kerana aku takut jika rumah yang mewah itu akan membuat anak-anakku alpa dan lupa untuk bersyukur kepada Allah dan aku takut rumah yangselesa itubmembuatkan mereka menjadi lemah dan malas berusaha.

suamiku, yang dipilih Allah dari ribuan lelaki menjadi jawapan kepada doaku, yang diamanahkan Allah untuk mendidik dan membawaku ke jalan yang diredhaiNya…

 

            Janganlah engkau menjanjikan kekayaan dan kejulangan nama sebagai tawanan hatiku. Cukuplah engkau memberiku kesederhanaan dan kecukupan tak perlu masyarakat mengenaliku sebagai isteri hartawan dan dermawan… Kerana aku tidak mahu anak-anakku akan menolak dan mengeluh di atas kepayahandan aku takut anak-anakku akan membanggakan gelaran ibu bapanya sedang amalan soleh orang tua tidak boleh diwarisi anak-anak.

kredit imej: http://islamicartdb.com/

suamiku, pimpinlah tanganku di atas nama Allah dan agama, janganlah kerana rupa dan harta. Bawalah aku bersamamu kerana engkau mahukan isteri solehah untuk mendidik anak-anakmu…

suamiku, sesungguhnya tidak lebih yang aku harapkan daripada mu melainkan engkau beriman dengan Allah dan RasulNya, berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah dan berjihad di jalan Allah…

Sesungguhnya pernikahan itu kerana Allah Taala… ibadah dan ketenangan hati…

WALLAHUA’LAM…

Advertisements